Kencing manis ketika mengandung

Kencing Manis Ketika Mengandung, Punca dan Kesannya?

Kencing manis ketika mengandungKencing manis ketika mengandung atau‘gestational diabetes‘ adalah masalah kesihatan paling kerap dialami oleh ibu hamil. 70% daripada ibu yang menghidap kencing manis ketika mengandung ini biasanya akan pulih lepas bersalin tapi kebanyakan mereka akan menghidap diabetis jenis kedua di kemudian hari.

Apa punca kencing manis ketika mengandung?

  • Punca utama kerana tahap glukosa dalam badan ibu tinggi dari keperluan normal. Ini terjadi bila hormon insulin tidak cukup untuk tukarkan glukosa kepada tenaga bagi keperluan sel badan atau tabiat pemakanan ibu yang tinggi gula.
  • Punca kedua disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta (uri) untuk bantu tumbesaran bayi. Hormon tu memang bagus untuk bayi tapi akibatnya sel-sel dalam badan ibu jadi kalis (orang putih cakap ‘immune’) pada insulin. Ini menyebabkan terjadinya masalah kalis insulin.

 

Siapa berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung?

  • Semua ibu hamil berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung tapi ada sesetengah ibu akan berisiko tinggi untuk mengalami masalah kencing manis ketika mengandung seperti:
    • Ibu hamil berumur 35 tahun ke atas
    • Sejarah keluarga menghidap diabetis
    • Pernah menghidap diabetis ketika kehamilan sebelumnya
    • Berat badan sebelum hamil lebih 80kg
    • Pernah melahirkan bayi dengan berat badan lebih 3.5kg
    • Ibu hamil kembar
    • Ibu hamil yang bermasalah hydramnions (terlalu banyak air ketuban)

 

Bagaimana nak tahu saya menghidap kencing manis ketika mengandung?

  • Dikesan melalui pemeriksaan darah selepas minum air gula. Biasanya ibu akan disuruh berpuasa malam sebelumnya.

 

Biasa kan bila check dekat klinik, nurse mesti cakap ‘ gula awak tinggi ni, jaga-jaga sikit ya’.. haaa kenapa nak kena jaga-jaga sangat tu?

Apa kesan diabetis ketika mengandung pada ibu dan bayi?

1. Pada ibu

    • Risiko tinggi untuk mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kecing)
    • Risiko tinggi untuk dijangkiti vanigal moniliasis (jangkitan faraj)
    • Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh
    • 50% boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari

 

2. Pada bayi

    • Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan
    • Saiz bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran semasa bersalin
    • Bayi berisiko untuk mendapat kecederaan bahu semasa bersalin membawa risiko kecacatan
    • Bayi berisiko untuk hipoglisemia (terlalu banyak insulin, gula dan mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
    • Sakit kuning (jaundice)
    • Bayi sukar bernafas
    • Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan.
    • Bayi akan lebih mudah dapat obesiti atau kencing manis bila dewasa.

 

Bagaimana merawat kencing manis ketika mengandung?

  • Biasanya doktor akan suruh kawal pemakanan dan kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi dan tinggi gula. Patuhi arahan doktor ya
  • Anda juga mungkin perlu ambil suntikan insulin
  • Digalakkan juga amalkan senaman ringan setiap hari
  • Mengamalkan makanan yang kaya dengan Zinc, B-complex dan Magnesium di mana zinc sangat penting untuk bantu buah pinggang hasilkan lebih banyak insulin bagi atasi masalah kalis insulin

 

Tapi awas Zinc tidak boleh diambil berlebihan ya ketika mengandung kerana ia boleh menyebabkan keracunan dan juga membahayakan kandungan. Malah dikatakan pengambilan zinc berlebihan boleh menyebabkan uterus contraction menyebabkan premature delivery. Kajian Mayo Klinik menunjukkan ibu mengandung cuma perlukan sekitar 11mg zinc sehari. Jadi memadai kandungan zinc dalam multivitamin dan tambahan dari makanan harian.

Ini salah satu penyelesaian anda ya

Kencing Manis Ketika Mengandung1. Shaklee Vitalea

    • Membekalkan zinc yang diperlukan untuk membantu menghasilkan lebih banyak insulin
    • Membekalkan 19 vitamin dan mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu hamil
    • Untuk fungsi menyeluruh boleh tengok Vitalea Shaklee

 

 

Kencing Manis Ketika Mengandung

2. Shaklee B-complex

    • Penting dalam metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan
    • Membekalkan kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan badan termasuk Asid Folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi

 

 

 

Kencing Manis Ketika Mengandung

3. Shaklee Ostematrix

      • Membekalkan Magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis (kurangnya magnesium antara punca kencing manis)
      • Membekalkan 100% kalsium untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi si manja serta kesihatan tulang ibu.
      • Untuk info lanjut boleh tengok Ostematrix Shaklee

 

 

Sebaiknya lakukan pencegahan sebelum anda perlu merawatnya. Rawatan tak semestinya berhasil kan. Jangan bahayakan diri dan kandungan anda sendiri. Berhati-hati juga dengan susu untuk ibu mengandung kerana kandungan gulanya tinggi dan boleh jadi punca kencing manis ketika mengandung. Malah dari pemerhatian saya dengan customer-customer, rata-rata yang amalkan susu ibu mengandung memang mengalami masalah kencing manis ketika mengandung. Jadi buat pilihan yang bijak. Jika mahukan kalsium, bertukarlah ke Ostematrix Shaklee.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut!!

LifeFit.my Hubungi Saya

Leave A Response

* Denotes Required Field