Jenis najis bayi

Adakah Bayi Anda Sihat? Kenal Pasti Melalui Najis Bayi Anda

Jenis najis bayiWarna dan rupa najis bayi anda sebenarnya adalah satu petanda tentang tahap kesihatan bayi. Jadi anda kenalah sentiasa pantau keadaan najis bayi anda agar dapat kesan lebih awal andai ada bayi ada masalah kesihatan. Info dan gambar di bawah harap dapat membantu anda mengawasi tahap kesihatan bayi anda.

 

Peringatan: Gambar mungkin agak meloyakan bagi sesetegah anda

 

najis bayi Meconium

1. Najis bayi baru lahir (meconium)

Biasanya berwarna hitam kehijauan dan sangat melekit. Meconium ini terdiri daripada air ketuban, sel kulit, mucus dan bahan-bahan lain yang ditelan oleh bayi ketika di dalam perut. Ia tidak berbau jadi anda mungkin tidak perasan untuk menukar lampin bayi.

Apabila bayi berusia 2-4 hari, warna najisnya akan semakin cerah, kurang melekit dan lebih kuning kehijauan. Ini petanda bayi sudah mula mencerna susu badan/susu formula dan menunjukkan sistem pencernaannya berfungsi dengan baik.

 

najis bayi susu ibu2. Najis bayi yang menyusu badan

Jika bayi anda menyusu badan secara eksklusif, najisnya berwarna kuning atau kuning kehijauan dan teksturnya agak creamy/lembik. Malah anda mungkin sangka bayi anda cirit-birit. Najisnya juga akan ada bintil-bintil halus dan baunya sedikit masam tapi tidak busuk.

Warna najis akan berubah-ubah sedikit bergantung kepada pemakanan anda. Tapi selagi bayi tidak menunjukkan masalah lain, anda tidak perlu risau.

Tapi jika najis bayi berwarna kehijauan dan kelihatan berbuih, itu bermakna bayi anda hanya menerima ‘foremilk’ (susu awal yang rendah kalori) dan kurang mendapat ‘hindmilk’ (susu yang keluar kemudiannya yang kaya dengan lemak dan nutrisi yang diperlukan oleh bayi). Ini menunjukkan bayi anda menerima susu ibu yang kurang nutrisi.

 

Najis bayi susu formula3. Najis bayi yang menyusu formula

Najis bayi yang diberi susu formula biasanya akan kelihatan seperti mentega kacang dan warnanya lebih ke arah keperangan: tan-brown, perang kekuningan atau perang kehijauan. Baunya agak kuat dari najis bayi yang diberi susu ibu tetapi tidak sekuat bayi yang sudah makan solid food.

 

 

Najis baby kaya iron4. Najis yang megandungi zat besi

Jika bayi anda diberi ubat/supplement zat besi tambahan atas arahan doktor, najisnya akan menjadi hijau gelap atau hampir kehitaman. Tapi jika najis bayi anda hitam walaupun tidak diberi supplement zat besi tambahan, cepat hubungi doktor kerana bayi anda mungkin ada masalah darah tercerna.

 

 

Najis bayi makan solid food5. Najis bayi yang diberi solid food

Najis bayi lebih pekat dan warnanya lebih ke arah perang atau perang yang pekat. Baunya juga lebih kuat.

 

 

6. Najis yang mengandungi makanan separa cerna

Najis bayi

Ini normal kerana ada sesetengah makanan turun dengan cepat dan tidak sempat dicerna sepenuhnya. Tapi jika terlalu kerap anda digalakkan jumpa dengan doktor untuk pastikan usus bayi anda berfungsi dengan sempurna dan menyerap nutrisi dgn baik.

 

 

 

Najis bayi cirit birit 7. Cirit-birit

Najis bayi yang cirit-birit biasanya sangat cair dan akan bocor keluar dari lampin. Jika bayi anda di bawah umur 3 bulan cirit-birit lebih dari 2 hari, sila jumpa doktor. Jika najisnya mengandungi darah atau mukus disarankan jumpa doktor.

 

 

8. Najis keras/bintil

Najis bayi sembelit

Jika najis bayi anda keras, mungkin dia ada masalah penghadaman/sembelit. Ini biasa terjadi di peringkat awal bayi diberi solid food/makanan pejal atau tanda bayi tidak boleh toleransi dengan sesuatu makanan yang diberi atau yang ibu makan. Berikan bayi anda air, jus epal atau jus pear untuk membantu.

 

 

 

9. Najis bermukus

Najis bayi bermukusJika najis bayi anda kelihatan ada lendir itu tandanya bayi anda ada mucus/kahak. Biasa terjadi jika bayi juga selesema. Ini merupakan petanda jangkitan kuman/bakteria atau allergi. Jika berterusan lebih dari 2 hari atau ada bayi menunjukkan simptom-simptom lain, anda digalakkan berjumpa doktor.

 

 

 

Bayi yang tidak sihat biasanya akan meragam dan menangis. Kadangkala kita sebagai ibu bapa boleh menyalah anggap anak cuma meragam atau lapar atau nak bermain sedangkan ada mungkin ada masalah kesihatan yang lain. Jadi satu cara terbaik untuk pantau kesihatan bayi anda adalah dengan awasi warna dan keadaan najis bayi untuk mengenalpasti dengan lebih cepat andai bayi memerlukan rawatan doktor.

 

Anda mungkin juga berminat tentang Reflex Bayi Anda

 

 

 

 

LifeFit.my Hubungi Saya